Monday, June 29, 2009

REMAJA
Pd Ahad yg lpas semestinya menjadi hari yg memenatkan tp sgt best bg ku…bersama2 menyambut tetamu2 kami dari Kelab Remaja Masjid Al- Ikhlasiah. Afiq, Iwan, Along, Angah, Naemah, Aisyah, Mira n Arina berjaya smpai ke UIAM pd jam 9.45 pg cmtu lar…
Kami mulakan dgn breakfast dahulu. Kami mnjamu mereka dgn roti canai n the tarik.slaps dari itu, kami membawa mereka ke lokasi seterusnya untuk perbincangan tentang bagaimana membentuk organisasi dan seterusnya untuk membuat program di masjid itu. Afi
q semestinya d pilih sbg Pengerusi kElab ini. Dia yg pling tua antara mereka. Sterusnya mereka tlah d ajar untuk memulakan setiap meeting dgn tazkirah atau bacaan al-quran. Even mereka kdg2 sibuk dgn sms tapi rasenye dgn kesudian mereka untuk dtg saja sudah cukup menggembirakan hati kami. Kalu x, sah 2 lah bdak laki ni pg merayau kan…bdak pmpuan mmg baik sgt…



Selepas itu, mereka mmbuat perbincangan tuk takwim program yg akan datang…nampak mereka sarat dgn idea yg bgus. Bayangkan, iwan n along bole cdgkan untuk pg melawat rumah anak yatim. Aku lgsung la x terfikirkan idea ni..serius…salute la kat dierang…Along pun ckp, seteruk mane pun kite, kite mesti kene ade rase hormat pd orang tua. Bgus…
Tengahari tu berakhir dgn sesi menjamu selera. Makan d HS café lauk Nasi ayam n Air Sirap. Selepas tu kami solat berjemaah d masjid yg berhampiran. Selepas tu, kami berpeluang untuk bergambar2 bersama2 d tangga besar dan juga merata tempat lar…nak wat camner, dah ade kamera kan…huahua…

Kami bergerak ke Muzium Orang Asli slpas itu…d sana mereka berpeluang mengenali kebudayaan orang asli. Selepas tu kami menguji mereka melalui Explorace d Muzium.hehe. due2 group seri…

Terhibur dgn aksi mereka. Afiq n Along yg x abes2 memuji ku comel..Afiq juga yg suke mengacau budak2 pempuan, tgkap gmbar dierang tgh jaln lar..kalu gmbar aku tutup muke tu sah lah die punye keje..Angah yg sgt menyukai budak2.Sesuai sgt jd abg fasi…bagus. Unexpected!!! Naemah lak yg mesra, Amira yg out-spoken mmbuatkan hari ini amat gamat dgn ragam n aksi2 mereka…sibuk juga nak tau status kiterang…layan….naseb la kak dela pun sporting..



Mereka budak laki sememangnya ade prob dgn rokok, solat ni…tp dierang berterus terang..tu yg kau suke. Bnyak gak prob yg kami kongsi…dierang tetap jd diri dierang bile bersama kami. Tu yg aku suke..

Kami ke kg batu 12. Even hujan ptg tu tapi kami truskan dgn menyuruh mereka menarik seberapa ramai bdak2 kecil tuk d berikan modul. Perjalanan kami agak klakar coz first time tgok dak llaki takut anjing lbih dari pempuan. Otai2 Iwan tu pun tkaut anjing tu..die marah time Angah acah anjing2 tu. Macam2 lar…aku guide kt blakng tgok je lar…gelak pun yer…

Lpas dr tu, sesi Down to earth pun bermule. Mereka d beri tugasan tuk mengajar adik2 ni modul melukis n menulis… mcm2 gaya sempat d rakamkan..Along dgn gaya leader die mnyuruh fasi2 yg lain bg kertas kat adik2 ni…so dierang stat wat mcm2 la. Ade yg mlukis. Yg specialnye sdh tentu group Angah. Die ajar adik2 ni wat kapal layar. Lpas g lpaskan kat sungai tu, die ajar dierang wat roket lak…Bagusnye. Kreatif lar…xyah kami suruh. Yg lain pun same. Naemah sabar je layan adik2 tu…as a reawrd, dierang akan bg knak2 asli ni gula2..

Last skali, lpas abes modul, mereka bergambar. Pastu solat Asar berjemaah. Laps dari tu, banyak gile kiterang dpat bunga dari adik2 ni. Aku dapat 3 jambak. KAK Dila, Afiq, Angah yg d pggil “capelos” oleh bdak2 ni turut dapat…

Angah n Afiq request untuk kami wat program lg kat kg orang asli. Angah nak rase tido kat umah org asli katenye…angah ni mmg suke budak2 lar…anyway aku sendiri rase enjoy sgt ngn dierang.mcm lupe sume masalah bile ngn dierang.Yg paling xleh blah, sms dari Iwan yg otai tu yg mengatakan sayang kat akak..Yg si Afiq xyah ckp lar, dah siap call lg..xbole blah…nseb baek mude dari aku…

Harapnya dierang ni dpat komited lar ngan kelab ni dn dalam mase yg same berubah ckit2. Aku tahu prob dierang. Bile xde bdak pmpuan dierang cite pd kami…rase syg kat dierang..mase balik pun sedih gak lar…tgok video n gmbr2 tu bnyak2 kali kot…haha. Semoga dierang dapat berubah ckit demi ckit dn menjadi contoh yg terbaik tuk remaja yg lain kat ctu…

Thursday, June 25, 2009

exam dah abes, relax time

Ye….EXAM DAH ABES…cuti kali ni aku akan bercuti bersama family coz semue ade kat rumah…mlm abes exam trus aku habiskan novel ni…hehe

Warkah Cinta Berbau Syurga……

Mungkin aku agak lambat dari pembaca novel2 PTS yg lain krane buku yg ku baca hasil tulisan A. Ubaidillah Alias ini merupakan cetakan yg kedua slpas thun 2008…biar lambat asalkan selamat…Mungkin aku xbole nak promote dh buku ni sementelah mmg dah ramai yg dah bace aku tahu tp mgkin bole aku wat post mortem ckit tuk novel ni…

Watak utamanya Amir Mukhlis, seorang plajar Maahad Tahfiz dari Kelantan yg berjaya melanjutkan plajarannya ke Mesir. Namun sebelum itu beliau d uji dgn kehadiran Wardah, seorang gadis yg pintar dan cantik yg lahir dari keluarga yang agak senang tetapi amat mementingkan kebendaan. Wardah cuba untuk menawan hati Amir melalui surat2 nya tetapi malangnya Amir tidak mengendahkan permintaan Wardah tentang hubungan yg dirasakan satu kelalaian bg remaja ISLAM spt mereka.. Tanpa disedari, Amir juga turut jatuh hati dgn Wardah ttpi merhasiakannya krana tidak mahu menjanjikan satu hubungan yg tidak pasti akan kekal hingga ke perkahwinan.

Aku rase aku brsetuju dgn keputusan serta cara pemikiran Amir yg dirasekan cukup tegas dalam soal perasaan ini.Beliau amat mempercayai bahawa semua orang telah ditentkan jodohnya, hanya perlu tunggu ianya datang sahaja. Sama seperi prinsip yg dipegang oleh Ustazah Nilam Sari yg pernah diajarkannya kpd penghuni Aspuri SMAD… hmmm teringat la pulak…

Akhirnya krana tiada pengakuan tentang perasaan Amir, Wardah terpaksa bernikah dgn pilihan keluarganya. Amir pula tidak berani untuk menghalangnya. Amir melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al Azhar. Di sana beliau bertemu dgn Balqis yg menjadi bunga idaman Rozmi dan Izzuddin iaitu sahabat2 Amir sendiri. Hal ini menjadi lebih genting apabila Balqis menolak lamaran Izzuddin dan Izzudin menemukan surat dari Balqis untuk Amir. Izzudin tersalah sangka terhadap Amir yg difikirkan telah mengkhianati sahabat sndiri…persahabtan mereka menjadi renggang.

Balqis pula menyimpan perasaan terhadap Amir selain berasa terhutang budi kerana Amir telah menolongnya beberapa kali..Amir masih samar tentang perasaannya sendiri. Tanpa disangka, hatinya turut tertawan kpd Balqis selepas menerima takdir yg Wardah telah meninggal dunia.
Namun ALLAH masih ingin menguji beliau di saat2 sem akhir d Al Azhar apabila beliau telah disahkan menghidap Barah Otak. Namun beliau Redha dgn takdir ini dan berusaha bersungguh2 untuk mendapatkan segulug ijazah untuk kebanggaan ibu bapanya d Malaysia.
Kesudahannya, pembedahan Amir berjaya dilangsungkan sejurus beliau pulang ke Malaysia ,dan beliau lulus dgn baik dan berjaya menjadi Graduan Al azhar

Aku sgt terkesan dgn crite ini krana ketabahan yg ada dlm diri Amir MUkhlis apabila mengetahui dia hanya dapat bertahan selama 6 bulan sahaja menurut kata doctor. Beliau tetap menjalani hidupnya spt biasa d samping cuba menyedarkan Balqis spaya jgn menaruh harapan kpdnya.

Aku trut mengagumi Amir Mukhlis spt aku mengagumi Sumayyah dlm Salju Sakinah…

Sunday, June 21, 2009

BAPAKU

SELAMAT HARI BAPA TERISTIMEWA UNTUK HJ ZAINUL ABIDIN BIN DARUS, MY BELOVED ABAH.
I LOVE U SO MUCH…You Are My HERO!!

sEdikit coretan untuk INsan YG teristimewa d hati ini slpas Mama…

~ kata Mama, even Abah tegas & garang dgn anak2 beliau smasa d zaman kami skolah dulu, tp sebenarnya beliau sgt penyayang..aku stuju dgn perkara ini krana smakin mningkat usia aku dan beradik yg lain, kami smakin rapat dgn Abah….bile dtg skolah menengah ambil report card pun, beliau masih memimpin tanganku ini.
~ sgt bersifat pelindung. Pantang dgar anak2 nya di usik atau dibuli, mesti beliau masuk campur. Sume xbrani nak usik kiterang dah. Pg balik skolah pun Abah yg jemput.
~ Abah suka memancing. Kdg2 xmakan pun xpe. Waktu yg seronok bg abah bila berkumpul dgn pakcik2 yg lain d kmpung, mereka akan pg memancing beramai2….Kalu kt rumah, pg mancing dgn kawan2, tp bile dpt ikan, beliau bg kt jiran sebelah…Sedekah katenye. Xfaham aku.Mulia sgguh hati Abah.~proud to be your daughter~~
~ Abah suka warna biru & putih…baju Raya beliau pastinya dari 2 warna ini…
~ Abah sgt caring..aku teringat bila kali pertama aku ngadu mata ku sakit smasa d Matrik, trus juga Abah bawa pg check doctor n trus juga ptg tu pg wat spek mata..
~ Sgt concern. Berusaha memenuhi kehendak anak2 nye yg bnyak songeh mcm aku. Mase form 4 belikan aku handset even Mama x setuju…
~ Abah suka seafood & sate. Happy gile kalu tgok Abah makan seafood dgn selera skali kalau kami makan kat luar skali skale. Setiap kali kami berkumpul bersama, ini lah yg menjadi keutamaan kami. Kuar makan same2.
~ Abah suke picnic. Bile sume dah ade kat umah, apelagi, Abah ajak la g picnic kat mane2…yg latest hari tu kat Ulu BEndul, NS.
~ Abah sgt klakar…beliau suke ketawa bile bercakap d telefon. Juga suke bergurau dgn sanak saudara yg lain.
~ Sgt menyokong anak2 nye… Setiap aktiviti yg aku sertai, mesti Abah nk tgok gambar..pastu berkongsi crite tntang program..Same spt Mama.
~~Phone kami beradik slalu pnuh dgn sms beliau dari rumah.Rindu lar tu…Almaklum lar...tggal berdue je sjak adik Mira ke SBP
~~Tidak menyokong kputusan aku untuk bekerja dalam bidang yg lasak. Kate beliau, “Angah sesuai jd Engineer, Arkitek atau Pgwai Bank.”
~~ Pandai memasak. Pastinya burger & Nasi goreng Planta air tangan Abah yg paling sedap.
~~ Sukakan tulisan tgan aku. Katenya, “ antara anak2 Abah, Abah suka tgok tulisan Angah. Cantik & Kemas. Tolong Abah isikan borang ni.”-lar...de udang d sebalik mee rupenye-
~ Suka bile aku pakai bju warna Pink. tersenyum2 beliau kpd ku kalu lihat aku pkai bju pink
~ Sukakan air tangan anak2 bile kami balik bercuti. “Along kena masak, Angah kene wat air.”
~~ Risaukan keselamatan aku bila di program. “ Angah badan yg pling kecik ni la, slalu g jalan jauh.” Beliau ngadu kat sepupu aku. Hehe, baru tahu, risau gak Abah aku ni…
~~ Sgt romantic dgn Mama, smpai arini pun masih ber sms kalu berjauhan dgn Mama.
~~ Sgt meminati kmpulan Alleycat & Siti Nurhaliza.hehehe
~~First time tgok Abah nangis mase Ayah Mertua beliau meninggal (Arwah Atok). Kate Mama, Abah kehilangan bapanya semasa beliau sedang ke skolah Drjah 3 mase tu. sgt tabah.Ayah mertua dah disayangi mcm ayah sendiri.
~ Sgt pandai & fasih berbahasa Inggeris. Kata Mama, Abahku blajar d skolah Inggeris sampai ke peringkat kolej mase tu. Masa UPSR, Abah yg ajar aku BI bile aku xpg skolah sebulan coz sakit.
~Kate2 yg paling ditekankan tentulah, “ Pandai2 lah pilih kawan.”
~ Skang ni kebiasaan bg beliau untk mencium dahiku bila dah nak balik U atau pg program. Atau paling x, usap kepala ku. Semoga d ctu dtg nya keberkatan dari seorang Ayah buat seorang anak yg masih muda ini…mude ker…

Untuk SEmue Ayah2 yg lain, pakcik2 ku, Abang Eran, Abang Amar (abg sepupu sulongku) yg baru bergelar ayah kpd puteranya, Abg Yan yg bakal jd Ayah, Guru2 ku dan juga ada d antara kawan2 ku yg dah begelar bapa yg kebetulan terbaca coretan ini, SELAMAT Hari BaPA. ..


p/s: Congrats tu Syahiran, my cousin coz dpt further study kt UPSI bulan 7 ni. Nk jd CiKgu Maths kan. Kak ngah tau kamu bace blog ni. Sory xsempat nk bls msg.

Thursday, June 18, 2009

EXAM & BUSY


ASSALAMUALAIKUM.
Kpd sume pembaca blog ini, maaf jika dlm 2 mggu ni x update coz FINAL EXAM smakin mghampiri...dOAKAN KJAYAAN KU...aMIN...tAMBAHAN pula busy dgn preparation for hUMANITARIAN wEEK & program2 yg akan dtg pd sem dpn. Mau pening juga kpala d watnya...Xpe lar, berkorban untuk d jalan kebaikan xpe kan...ape pun, take care for all of you...wasalam.

Monday, June 15, 2009

Berita Baik & Sedih

Assalammualaikum....hari ini aku terpanggil tuk tulis entry ni coz terlalu gembira..Hari ni saja, 2 berita baek tuk JASA dan 1 berita sedih jua tuk JASA. Berita baek tentunya dtg dari Encik Farid berkenaan dgn susulan program Tohoi 4. Alhamdulillah kerja penat lelah kami dihargai. Mesti pembaca sekalian tertanya; siape Encik Farid ni? Ape brite baek yg beliau bawa utk kami? Aku rase xperlu nak cakap lg, just wait je nnt. Bile hasil nya betul2 terbukti, akan aku khabarkan tuk kalian sume. Tak lame je lg. Bulan 8 ni. InsyaAllah. Yg ke2, berkenaan dgn sponsorship. Kami trime surat dari pihak yg brkenaan dan InsyaAllah dalam minggu depan atau mggu ni pling cepat kami akan trime cash itu. Alhamdulillah. Yg xsangke nye kami mntak dh lame gak tp bru dpt skang.

Brite yg agak sedih ditrime dari Abang Anas, Advisor kesayangan kami.Beliau telah ditukarkan ke MATRIK UIA PJ. Wa....sedih nak nangis lar coz hilangnye seorang penasihat yg banyak berJASA tuk kami. Beliau xpernah berkire. Kalu jmpUt dtg program, lmbat mcm mane pun atau jauh mane pun msti beliau dtg juga demi JASA.Semoga beliau akn trus berJASA tuk JASA. Yg pasti beliau ttp Alumni JASA.


Yg paling aku rase gembira, tentunya apabila mendgar crite dari Madam Martinelli td berkenaan dgn budget yg tlah d luluskan oleh Kementerian. Cume tggu cash nye masuk saja kate Madam. Yg menarik lg, Madam mnceritekan saat2 beliau present Almanac2 untuk Program Orang Asli iaitu dtgnye dari COMRADE, JASA, TITIAN ASLI semasa pembentangan budget itu. Hanya UIA shj yg membuat pgram Orang Asli scara berterusan. Pihak USIM jg turut terlibat ttp hanye 1, 2 pgram shj. Madam juga trut menangkis dakwaan dr pihak atasan yg mengatakan apabila terlalu bnyak pgram, kita akan hilang fokus. Madam jawab; Tidak! Pgram Orang Asli mmg memerlukan kesungguhan dan istiqamah dalm melakukannya.


Bagiku sendiri, terlibat dlm kerja2 ini mmbuatkan aku bgtu gembira krana tak bnyak benda yg aku bole sumbangkan tuk masyarakat ni dari segi material tp tenaga kerja shj yg boleh aku hulurkan wat mase ini. Sementelah pula, ibu bapa ku tidak pernah menghalang aku ke program cume pesan mereka, jgn diabaikan pelajaran. Ya, betul! Walaupun kuiz yg hanya membawa cume 5% atau 10 % shj, ianya ttp berharga tuk aku.Nak lg, subjek mkin naik sem, makin susah. Nnt dah kerja, InsyaAllah aku still contribute dr sgi material or tenaga. Dokan lah ye. Tp kalu aku kerja Akauntan atau sewaktu dgn nye, agak tipis juga pluang tuk aku nk luangkan mase tuk kerja2 ni nnt. So, aku kene la plan btul2 tuk truskan kerja2 ini.

Sunday, June 14, 2009

Menggigil Lutut Jin Dan Manusia Melihat Neraka Jahanam

Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka.
Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil;Ya Tuhan kami selamatkanlah.Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda;Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud;Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras. Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.
PENGKHIANAT AKAN DIDAKWA!!!

Anggap lah kali ni smbungn cite Jalan2 cari Pasal yg ke2....dis week aku ade exam ditambah dgn assignment2 Account yg x putus tibe, membuatkan aku rase mcm nak cepat je abes blaja....tp tu lah, ade lg 2 thun aku kat cni. So, kene sabar lah kan....

Kali ni, Jumaat kelmarin aku bersama kawan2 ku outing ke sekitar KL....jalan2 lg n shopping la ckit
2. Kiterang kuar lmbat coz Umi de dscusion n aku pulak ade keje yg nk kene bereskan trmasuk g jumpe Cik Khairulzain. Dah lar dtg pg tu, beliau xde. terpakse lar tunggu lpas Solat Jumaat.

Beli cd,brg2 ckit...shopping lar coz last week kan xsempat nk shopping...d satu tempat yg aku rase xperlu lah aku sebutkan name tmpat itu rasenye. Kiterang shopping dulu pastu bru makan...


Pengalaman tawar menawar time shopping pun ok gak.Bnyak gak skill aku tambah...hehe. yg menariknye, time kiterang masuk lif kat tempat tu, ade sesuatu yg sgt menarik untuk diperkatakan. Cube tgok gambar kat bawah ni :



Apekah yg cbe mereka cube sampaikan? Tempat ni pusat membeli belah,tapi knape mereka menggunekan perkataan “ PENGKHIANAT” ? Mereka merujuk kepada sape? First time kiterang tgok signboard ni, kami wat xtau jugak lar....gelak2 je.

Pastu time masuk surau tuk tunaikan Solat Maghrib kami bace lar poster pasal salah laku kat situ antaranya laki gay wat xsenonoh kat dalam lif, mencuri n ade lar kelakuan laen yg agak meloyakan tuk aku sebut d cn.
Lpas tu kami pun masuk lif tuk turun ke tgkat bawah. Skali lg ayat “PENGKHIANAT AKAN DIDAKWA” menjadi topik perbualan kami.

“Pelik lah dierang ni.ni kesalahan bahasa ni.apesal lar word “pengkhianat” yg digunakan?” kate Umi.


“ Tu lah, nak kate kat cni balai polis, bukan. Apesal nak main khianat2 lak ni,” sambutku lagi.
Kami menyambut kate td dgn gelak tawa sendiri. Sendiri komen, sndiri ketawa lar...


“ Ke dierang ni kate orang2 yg kat dalam poster td pngkhianat? Tp gay tu consider pgkhianat ke?” sambung Shaza.


“ Ni bole kire vandalisme ni,” Umi membuat kesimpulan dgn bgtu cepat skali.


“ Kalau cakap pesalah ke, pelaku salah laku moral ke, bole lar gak trime. Ni, pengkhianat lak yg diguna pakai. X sesuai lar...,” kate ku, selaku student yg dah amek BM sem lepas (up ckit dari Umi).


“Jaga2, PENGKHIANAT AKAN DIDAKWA!!!” kate Shaza.



-“ Ingatkan ni beg corak kartun.”

- ‘bukan, ni bukan corak kartun, ni jenama punya. Mahal lor.”


Soalan aku kpd Umi, kenal x dialog ni? Huhu.

Thursday, June 11, 2009

ANDA TAHU X?

1. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

2. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

3. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

4. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita~~~huhu

LAGI GAMBAR KIPPS 09


































Tuesday, June 9, 2009

SENYUM DAN TAWA

Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.~

Dengan senyum,kemanapun kita pergi,bersinarlah di sana cahaya kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi. ~

Senyumlah,supaya alam turut tersenyum kepada anda.
Teranglah bahawa senyuman doktor ialah malaikat rahmat yang turun ke bumi.
~

Senyuman itu kelopak,ketawa itu bunga yang sempurna kembang.
Jangan tertawa melihat orang jatuh,kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit.Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan,jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.
Bicaranya ...ialah senyum. ~

Dibawanya senyum matanya,dirasakan hari hujan.Dibawanya gelak pipinya,dirsakan hari panas.
Jangan engkau tertawa di tempat yang tidak menghairankan,jangan berjalan tanpa mempunyai maksud,jangan bertanya ditentang yang tidak perlu padamu,jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta orang lain,yang dikatakan hartamu ialah yang engkau pergunakan buat amal,dan harta orang lain ialah yang engkau tinggalkan. ~

Berapakah harga ketawa yang diakhiri dengan ratap dan tangis?Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul. ~

BAHAGIA??

~~Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).

~~Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ).


~~Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).


~~Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).


~~Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).


~~Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).


~~Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.

~~Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.


~~Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.


~~Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.


~~Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.


~~Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.

Monday, June 8, 2009

BI syarat wajib lulus SPM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran semalam meminta orang ramai memberikan pandangan mengenai kemungkinan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini calon SPM tidak disyaratkan lulus Bahasa Inggeris walaupun subjek itu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah, selain diiktiraf sebagai bahasa kedua di negara ini.


Beliau berkata, maklum balas daripada orang ramai akan membolehkan Kementerian Pelajaran membuat penilaian kerana pihaknya melihat isu itu dari sudut peningkatan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. "Setakat ini anak-anak kita yang belajar bahasa Inggeris masih boleh dapat sijil penuh walaupun gagal dalam bahasa Inggeris dan ini menjadi persoalan.


Oleh itu, saya mahukan maklum balas daripada masyarakat supaya dapat memastikan pelajar luar bandar tidak menjadi mangsa disebabkan mereka tidak menguasai bahasa Inggeris. "Walaupun hampir 70 peratus pelajar lulus bahasa Inggeris (di peringkat SPM setiap tahun), keputusan itu tidak memberi sebarang perbezaan kerana pelajar gagal juga mendapat sijil (penuh)," katanya selepas merasmikan penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara di sini, semalam.


Muhyiddin berkata, pandangan umum diperlukan mengenai perkara itu kerana sebelum ini beliau beranggapan semua pelajar perlu lulus subjek bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh SPM. "Saya ingatkan kita perlu lulus kerana kita belajar bahasa Inggeris, sebaliknya (baru saya dapat tahu) tidak perlu lulus. "Saya cuma meletakkan persoalan adakah disebabkan itu pelajar tidak belajar bahasa Inggeris dengan serius atau adakah ia menyebabkan standard bahasa Inggeris menurun. Ia perlu dibincangkan semua pihak," katanya.


Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga mendapati bahasa Inggeris sekarang diajar tanpa pengajaran tatabahasa, sebaliknya pelajar hanya mempelajari 'Communicative English' bagi membolehkan mereka berhubung dengan orang lain. Bagaimanapun, katanya, kementerian tidak membuat sebarang keputusan mengenai isu itu kerana mahu memberi peluang kepada semua pihak untuk memberi pandangan sebelum penilaian dan langkang seterusnya diambil. "Kedua-dua isu ini perlu diteliti bagi membolehkan pelajar lebih serius menguasai bahasa Inggeris," katanya.



pada pandangan saya, xsepatutnya BI trus djadikan syarat wajib lulus SPM. sepatutnya Kementerian perlu mengkaji dahulu langkah2 yang perlu diambil untuk melaksanakan syarat ini. Syarat wajib lulus ni dikhuatiri akan menjejaskan lagi tahap pendidikan pelajar2 kawasan luar bandar. Terpulang lah pada anda untuk menilainya tapi saya tetap x bersetuju dgn perkara ini. Banyak lagi perkara2 yg harus diambil kira untuk melaksanakan sistem ini. Sedangkan BM pun ade je yg gagal (kisah benar), apatahlagi lar BI....

Saturday, June 6, 2009

KESAN ZIKIR KEPADA OTAK



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Friday, June 5, 2009

GAMBAR2 DI KIPPS 09



























Ini adalah sebahagian dari gambar2 semasa program KIPPS 09. sEMOGA ini akan menjadi motivasi untuk diriku agar x lalai dalam menunaikan tanggungjawab ini.


Wallahualam...Thanx lar kat Kak Dela coz pcya pd diri ini dari dulu sampai sekarang.

JALAN2 CARI PASAL

Arini aku realese tension dgn kuar ngan rumate2 aku ke KLCC...bukan ape, mmg sgt tension mggu ni.mgkin sebab ade exam kot..kiterang kuar tgok wayang. Mulenye xtau gak nk tgok cite ape, aku jnis xkesah. Ape pun bole. Mulenye teringin gak nk tgok SEventeen Again, tapi kengkawanku nak tgok Syurga Cinta. Ku pun layan je lar...

~~kami pg berempat dari Uia. Mala, Tas, Ejat n Aku...tp Tas g KL SEnTRAL dulu amek adik die Sarah dari Nilai. B4 tu aku, Mala, Ejat g widow shopping lar.nak gak beli brg tapi mcm xsempat je. Dah lar tgh sale...aku bwak duit nk bli brg tp blnje ckit jer lar tuk mkn &wayang,xsempat punyer pasal.xpe r, nnt esok luse aku g la bli brg jap. Kat bawah tu gambar aku time tgh tggu Mala pilih baju. Muke separa bosan dah tu...hehe.

~~lpas Zohor dulu, kami bgerak ke Food Court untuk mngisi perut yg agak kosong-xmkan dari pg. Aku ngn Ejat g KFC, kami nk mkn KFC..hehe. Budak2 ni nk mkn Laksa Shack..kami mkn dgn ckup cermat secara beramai2..Tas g bli lak ABC. Kiterang pun mkn lar scr berjemaah.,ni yg wat aku prcye, makan bnyak bole release tension...tp nseb baek xkenyang sgt2 time mkn tu, kalu x msti aku dh muntah balik.

~~persoalnnye, ape yg aku perasan n nak cite kt cn, gejala PEngkid ngn PON *** ni mmg dah semkin truk dalam masyarakat kite. Sane sini, couple pengkid ni xsegan2 dah tunjuk kemesraan mereka secara terlampau di khlayak ramai. MasyaAllah....yg couple2 tu xyah cite lar kan. Kite faham2 je la kan. Ape lar nk jd dgn Remaja kite skang.

~~B4 terlupe, sukecite nak bgtahu,time kiterang jalan2 tu, time Solat Jumaat kot...so, kalu nak cakap xde laki Islam yg tengah merewang gak time tu, tipu sangat lar tu....geram sungguh bile tgok awek dah elok pakai bju kurung, siap tutup aurat lg sume, jalan dgn pakwe sebelah pun x over n xpegang2 tangan tp bile tgok jam, time tu kul 1.30 kot...Waallahualam lar Solat Jumaat kat mane pakwenyer tu. Musafir kot...aku bersangka baik.....Ala, Masjid AsSyakirin tu dkt jer pun...

~~bnyak lg yg aku nak coretkan kat cn tp mate dh ngantuk. Nnti lah, Episod 2 akn datang.

Wednesday, June 3, 2009

UIAM

Always strive for the best
We are leading the rest

Let the spirit burns in our zealous pledge.
With the mission in mind

And the vision of triumph
Build the garden we will glorified.

Merging forward with knowledge and virtue
Superiority will come true.
We are the leaders of the ummah
Towards achieving global excellence
With progressiveness and dynamism

We will realize the vision
Striving for mission of integration, Islamization
Pursuing greatness the nations witness And behold.
We will gain excellence in every field

That's the vow we keep

So let us pray may we will always succeed.


di atas ni lirik lagu rasmi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia..pling last aku nyanyi time TAARUF lar kot...xlame lg dh nk msuk 3rd year. lame gak lar x nyanyi. teringat coz tgok frenster kawan siap letak lagu ni lg.jeles gak aku tgok.huhu.die ingat die sorang je semangat Uia...aku pun semangat lar gak walaupun kdg2 down gak.

Tuesday, June 2, 2009

Tahukah anda?

Adam as hidup selama 1.000 tahun,
Hawa istrinya melahirkan sebanyak 20 kali, setiap kehamilan berisi dua anak; laki dan perempuan. Ia tidak meninggal dunia sebelum melihat anak-anaknya juga cucu-cucunya hingga berjumlah 40.000 orang. Setelah itu hilang keturunannya, yang tersisa adalah anak-anak Nabi Nuh as. Sam adalah bapaknya bangsa Arab, Ham bapak bangsa kulit hitam, dan Yafits bapak bangsa Romawi dan Turki. (hikam wa adab 2/63)
SOLEHAH : Menjadi Atau Mencari??
Mencari Solehah atau Menjadi Soleh? Saya sering membaca kisah kehidupan orang yang ingin menghabiskan zaman bujangnya, namun gagal meninggalkan kepompong kebujangannya itu oleh kerana dilanda masalah pilihan jodoh. Mereka mencuba sedaya upaya sehingga berhabis ratusan ringgit mengupah tok bomoh profesional berataraf antarabangsa namun jodoh tidak kunjung tiba.

Pada waktu itu mereka mula mempersoal hakikat takdir Allah. Saya bukanlah agen pencari jodoh untuk anda pada post kali ini, cuma ketika ini saya selalu dipaparkan dengan masalah kegagalan mencari jodoh yang meragut ketenangan jiwa saya. Memang perasaan cinta agak sukar untuk diterjemahkan. Ada orang suka itu dan ini, pendek kata ada pelbagai rasa dalam satu masakan yang tak mampu diolah dalam bahasa kamus.
Susahnya mencari jodoh! Jika ditanya, anda mahu mencari jodoh yang bagaimana? Tentunya akan dijawab:“Dia yang paling baik dalam akhlak dan budinya”“Pandai jaga hati”Baik dari segi itu dan ini.
Sebenarnya jika anda cuba bertanya kepada penari-penari kelab dangdut, mereka juga akan menjawab dengan jawapan yang sama. Tiada wanita yang suka dibelasah oleh suaminya setiap hari walaupun suaminya itu bukan bekas ahli tinju yang mahir.
Sudah fitrah manusia mencari yang elok dan tidak busuk. Cuma bayangan kefahaman mereka disebalik makna perkataan ‘baik’ itu yang berbeza. Bagi mereka, orang yang selalu tersenyum itu adalah antara orang yang terbaik walaupun berasal dari kumpulan peninggal solat yang terkenal.
Adapun kebaikan itu sebenarnya hanya terzahir bila kita mentaati perintah Allah. Bagaimanapun setiap kita mendamba cinta dari seorang kekasih yang sangat sempurna sifat keinsanannya. Sifat sempurna yang mampu menutup lubang-lubang kecacatan walaupun setengah meter. Banyak sekali mereka yang telah lanjut usia gagal untuk mendirikan rumah tangga kerana memikirkan perkara ini.
Yang ada di hati mereka: “Betulkah dia ini baik atau sekadar berlakon.” “Ooh mungkin dia cuba bantu aku sebab hendak mengambil hati.” “Emm pakai tudung dan cuba-cuba buat solehah agaknya itu.” Akhirnya, semua sifat orang habis diselidiki tanpa memikirkan sifat diri sendiri.
Kita yang tidak punya sifat dan perwatakan yang 'baik' cuba untuk menilik mereka yang 'paling baik' untuk dijadikan pasangan hidup. Seboleh mungkin kita mahukan seseorang yang punya sifat seperti malaikat. Sedangkan kita antara orang yang selalu bermuamalah dengan syaitan setiap hari untuk melakukan maksiat. Ini tidak adil! Bagaimana sifat syaitan dan malaikat boleh bersatu? Akhirnya setiap detik berganti masa yang lama tidak juga mendapat pasangan yang secucuk.
Lamunan untuk mendapat itu dan ini tidak terzahir di depan mata oleh kerana sentiasa melihat yang negatif pada orang lain. Jadilah yang soleh, anda akan mendapat yang solehah! Cuba selidiki diri sebelum mencari orang yang kita bayangkan sifatnya dibenak kita.
Adakah sifat yang berada dibenak sendiri itu, wujud dalam diri kita? Atau dalam erti kata yang lain, jika ingin mendapatkan seorang yang solehah, maka kita juga perlulah menjadi yang soleh. Kalau ingin mendapat jodoh yang soleh, kita perlulah solehah. Dari sini kita dapat fahami bahawa menjadi sesuatu itu lebih mudah dari mencari sesuatu.
Kita setia mencari pasangan yang berperwatakan seorang yang soleh dan solehah, sepatutnya kita sendiri perlu punya perwatakan itu. Janganlah anda menyalah orang lain jika pinangan anda ditolak. Siapakah yang ingin mendapat pasangan punya 'kakinya berbotol' dan peninggal setia solat fardhu?
Sememangnya dijanjikan Allah setiap yang baik itu kepunyaan yang baik. Dan yang buruk itu akan mendapat yang buruk. Penzina yang setiap saat bergelumang dengan dosa tidak akan mampu untuk mendapat pasangan seorang lelaki yang soleh. Ini adalah realiti. “Jangan cuba masuk ke dalam istana untuk bertemu dengan puteri raja dalam keadaan pakaian anda compang camping”.
Oleh itu jadilah yang terbaik untuk diri sendiri selain ingin menjadikan orang lain sebagai yang terbaik untuk diri kita. Belajarlah menjadi sifat orang yang kita ingini. Kelak kita sebenarnya yang akan dicari. Bukan kita yang mencari.


CINTAILAH ALLAH~

"Seorang hamba akan mendekatkan diri kepadaKu, hingga Aku mencintainya, dan bila Aku mencintainya, menjadilah pendengaranKu yang digunakannya untuk mendengar, penglihatanKu yang digunakannya untuk melihat, tanganKu yang digunakannya untuk bertindak, serta kakiKu yang digunakannya untuk berjalan." [Hadith Qudsi]


LAICI KANG SEMANGKUK 2 KUPANG!




Assalammualaikum aku mulakan coretan tangan (padahal gune laptop) ini....even masih kepenatan tetapi aku tetap mahu menulis tentang experience yg bru aku alami ini...chewah...
Pd 29-31 Mei atau kelmarin, aku tlah menyertai 1 pgram Kem Ibadah anjuran JAWI, Masjid Al Ikhlasiah Kg Kerinchi & juga Smart Intellect Consultant. Aku dtg sbg akak Faci lar bkan nye peserta. Tp setiap pgram itu sebenarnye tmpat untuk motivate kite tuk mnjadi lbih baik dr sebelum ini ..muhasabah tuk org lain tp biar la kite juge trut memuhasabahkan diri kite sendiri.
SEbhagian Catatan dari pengalaman ini yg inginku kongsikan :
>29 Mei 2009
Aku, Kak Zimah, Kak Dela, Kak Aidah, Epi n Syed btolak ke masjid dlm jam 8.40pm. Dalam jam 9.30 juge kami sampai d lokasi pgram. Kami smpai saing dgn Fahmi, student Maktab Besut, kawan Kak Dela yg juga merangkap kawan baru kami.Die ni tue dari aku setahun jer. Kawan ngn die wat teringat pd sepupuku Syukri coz “kering”, lawaknye ,muke pun nk hmpir same...Even bru knal, kami sume bole msuk dgn die. Nak lg Epi coz Fahmi & Epi dtgaskn sbg Media pgram ni. Pgram ni d namekan Kem Ibadah Pintar Soleh 09.
~ abg kuchai dtg lmbat bwak bekas tapau dri Pizza Hut. Ingatkn de Pizza (harapan Kak Zimah coz die tgh lapar) tp rupenyer ade popia jer...huhu
~ keselamatan kami sgt bahaya d masjid tu pd malam tu,tp Alhamdulillah xde ape yg berlaku.
~ aku dtugaskan untuk keje2 SECRETARY lg....aduhai....wat sijil,list name participants sume under aku...mmg d takdirkan aku ni jd Secretary kot...hehe.

>30 Mei 2009
~bgun jam 6.30 coz ehem2...smbung ckit lg tdo smpai jam 7. Bgun mndi, trus ready tuk register.
~ibu bapa kt cni sgt punctual. Telebih punctual pun yer. Register kul 8 tp 7.30 dah dtg...pastu trjdi la insiden yg x d ingini pd Kak Dela....sian nyer.....
~dlm 67 org participant dpt d tarik ke pgram ini. Alhamdulilah masih ade ibu bapa yg prihatin tntang anak mereka. Dari melepak x tentu hala,baik lar join pgram....
~ dtg la 1 geng yg mmg “special “ case. Ustaz Fendi yg suruh dierang dtg pgram ni...Along, Iwan, antare mreka yg special ini....mmg mreka degil tp at least dierang dtg jga. Bagus.
~Alang2 dah pegang list group, aku amek lar grup yg paling mude adik2 perempuan, 8-12 thun. ISLAMIC GIRLZ name grup mereka. Yg si Fahmi lak request grup bdak laki pling tua iaitu umur 14-18thun.
~sesi LDK pun bermule dgn sesi suai knal,pastu cipta trademark lar....grup aku ISLAMIC GIRLZ. Hehe.dierang yg nak sgt name tu.tp Alhamdulilah bdak2 aku xde problem sgt. Still ingat kat Jannah yg otai, Putri yg suke bcrite, Saa’diah yg bnyak ckap, Farhana yg baek, Akma yg lmbut, Izzatul anak ustaz yg comey, Solehah n Ayu yg suke ngusik org. OK lar....
~ Grup Fahmi mmg famos lar...sape x knal kumpulan KACAQ. Hehe.name ni abg fasi dierang yg bg. Along, Iwan, Amir, Asrul, Haris n x lupe Afiq...
~riadah pg mmg happy sgt tgok dierang maen, rase nk join je dierang. Maen “sep2, tom2” dgn Cici...ptg tu aku jd camerawoman.
~ malam tu aktiviti xbnyak coz dah plan nk wat muhasabah diri tuk bdak2 ni. Aku dtugaskan untuk wat Modul b4 Syed marah...blakon lar kirenye..sbnarnye aku nk tgelak dgr Syed mrah. Xlar garang sgt....Muiz, dari UM yg wat. Dgn die2 pun nangis...aku pun nk ngis gak tp aku tahan..
~Malam tu aku n Kak Dela wat sijil bdak2 ni. Comfim xg Qiamulail aku. fAhmi n Epi pun same xg Qiamulail. Wat Movie Maker. DAH alang2 tu, aku ngn Kak Dela mandi je lar...esoknye Kak DEla kene g Qiamulail gak..sian nye. Tido 1 jam je dh kene bgun.

Ø 31Mei 2009
~ pagi tu dkjutkan dgn kes selipar n kasut ilang, pastu wallet ngn hset hilang.pelik aku. Sape lar punye keje. Kami cube cari tp xdpat gak....dah nasib.nk wat camner.tp peliknye brg fasi x ilang lak...
~riadah pg ,Syed tolong Fahmi. Best gak. Still jd camerawoman.
~eXPLorace, aku ngan kak Zimah jg checkpoint dlm masjid je. Nukilan Islam. Wat katrun atau karya yg berbentuk Akhlak Islam. Cantik dierang wat.
~Checkpoint Fahmi ngan Epi, bdak
2 ni kene interview orang ramai pasal gejala social remaja. Menarik!
~ aku siapkan fail2 smentara tggu closing ceremony. Ptg tu jd special task jap...
~sedih nk bpisah dgn adik2 yg baek...
~geng Kacaq n bdak pmpuan yg baek2 mcm Naemah, Aisyah jd ahli kelab Remaja kt ctu. Smoga ini mnjadi titik tolak mreka tuk berubah ckit2
~post mortem yg last tu dh xfkir ape, nk blik cpat2 dah.
~semoga dpt jumpe lg kawan2 n adik2 d sini.




“PENGALAMAN ITU LEBIH BERMAKNA JIKA KITA MENJADIKANNYA SEBAGAI KENANGAN”