Wednesday, May 27, 2009

BIDADARI DARI TIMUR


Salam...ku mulakan coretan ini dgn lafaz Syukur Alhamdulillah krana masih d izinkan oleh Allah SWT untuk menulis d cn dan berkongsi tntg sebuah buku yg sgt puitis tajuknya, BIDADARI DARI TIMUR hasil tulisan Ili Sarah, penulis muda. Buku ini spt yg kalian lihat tajuknya, berkisarkan tntang seorang wanita yang aku kire amat disegani dan disayangi oleh rakyat Kelantan, negeri serambi Mekah ini. Beliau adalah Datin Tuan Sabariah, iaitu isteri kpd Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat atau Tok Guru.


Di dalam catatan ini, beliau menceritakan saat-saat beliau dilamar oleh keluarga Tok Guru untuk dikahwinkan dgn ToK Guru seawal usianya 14thun. Perkahwinan yg diatur oleh keluarga ini membuahkan 10 orang zuriat, 5 lelaki dan 5 perempuan..




Turut dipaparkan bagaimana saat2 beliau bermimpi yang Tok Guru akan menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan yg baru. Di dalam mimpinya, Tok GuRU berjalan di belakang Sultan Kelantan. Betapa kuatnya hubungan hati di antara kedua pasangan suami isteri ini. Dan mimpi ini menjadi kenyataan akhirnya yang menuntut kesabaran dan kegigihan wanita ini membesarkan anak-anak di dalam kesibukan sang suami berdakwah untuk umat Islam di dunia ini.




Yang paling menyentuh kalbuku di saat beliau menceritakan sendiri bait-bait doa Tok Guru ketika bertahajud di kala pelbagai dugaan dan cabaran mendatang dalam kehidupan mereka terutama apabila anak mereka, Nik Adli ditahan atas dakwaan ISA. Aku turut mengalirkan air mata apabila saat2 ini dicoretkan dalam catatan wanita ini.




Perasaan syukur turut dilahirkan oleh wanita ini apabila dirinya diangkat menjadi seorang isteri kepada tokoh ulama yang amat dihormati dan digeruni oleh ahli-ahli politik apatah lagi menjadi satu-satunya wanita yang berada di sisi Tok Guru dari dulu hingga kini.




Turut diselitkan, kesediaan mereka meletakkan hantaran perkahwinan puteri2 mereka hanya RM 1000, tidak kurang dan tidak lebih, untuk mengelakkan pembaziran spt yg dilakukan oleh artis2 pd masa kini. Banyak lg pengajaran yg aku dapati dari catatan ini. Buku ini sgt sesuai dijadikan bahan bacaan kaum wanita. Sudah tentu aku mengesyorkannya kpd anda semua. Harganya cuma Rm12.90. Tak rugi lah..Di halaman belakang disertakan sekali gambar2 keluarga beliau serta gambar beliau bersama anak bongsunya, Nik Asma' yang juga merupakan Student Laws IIUM. Aku kenal Kak Asma' ni mase 1st year time taaruf mAHARLAH. Die MRC sUMAYYAH time tu. oK r, mmg x sombong.




Bagi aku,membaca buku ini membawa aku untuk mengetahui apa yang tersirat di dalam hati seorang wanita yang berdiri di belakang seorang pendakwah, sesuai dgn tajuknya, Memoir Isteri Seorang Pejuang. Akan ku hadiahkan buku ini nanti untuk Ibuku yg tersayang untuk koleksi peribadinya nanti. InsyaAllah....

0 comments: