Thursday, May 28, 2009

BAHASA ARAB

Saat aku menulis ini, entahlah....aku rindu sgt nk blajar Bahasa Arab semula...mungkin sebab dengar Member2 HS ambil ARABIC sem ini. Lagipun baru kenal dengan junior2 IRK, ahli baru JASA. Alhamdulillah ALLAH bukakan hati mereka untuk berjinak2 dalam usaha dakwah ini. Sambung balik cerita, tu lah, dieorang bincang tentang Bahasa Arab dgn Irham mase Usrah baru2 ni. Jeles aku dibuatnya. Mereka bercerita tentang Hukum Nahu Saraf tentang perkataan Feel Rubai’ (perkataan yang mempnyai 4 huruf asas).

Serius, seronok bila memikirkan kembali, memerah otak mencari jawapan pada persoalan itu. Tapi bukanlah bermakna aku menyesal ambil aCCOUNTing skrang.. Aku x menyesal bila aku ambil keputusan untuk apply course Economy mase isi boring UPU. Kerana aku mahu mencuba sesuatu yang baru. Walaupun kakakku memarahi aku atas tindakan aku yang tidak langsung memohon course Islamic mase isi boring UPU tu. Aku ada alasan sendiri. “Kalau angah nak terus blajar Arab2 ni, dah lame Angah pegi Kulliah kat Pekan tu ambil STAM,” jawabku memberi alasan.

Apalagi yang aku harus tunggu untuk ke sana? Aku x perlukan panggilan kedua atau ketiga krn namaku telah mempunyai tempat di sana. Kalau aku ke sana, mengikuti kemahuan kawan2 ku yang masih tidak mahu berpisah di Tingkatan 6 itu, menurut cerita kawanku, keputusan SMA ku melyakkan aku untuk duduk di Kelas A. Tetapi hanya Hassarus yang berada di sana kerana keputusan SMA nya hanya 1 aggregat membezakan aku untuk berada di depannya. Pengetua gembira bila aku mengambil keputusan untuk ke UIAM. Katenye, di sana lah aku akan berhadapan dgn 1000 satu dugaan. Dugaan culture shock , kawan2, masa yang x pernah cukup. Aku mengangguk2 kan kepalaku tanda faham dgn apa yang cuba disampaikan oleh Pengetua.

Tapi aku tetap rindu dan bangga apabila mengingatkan Ustazah Siti Nora yang menerangkan tentang Al-Khuluk, Al- Toharoh, Al-Bai’u. Tentang duit yang dihulurkan sebagai hadiah kejayaanku dalam madah FEQAH.

“ Ambillah, hadiah pangkat 1 Feqah. Jangan lupa ajak 2 orang lagi makan sama.”

Tak lupa bile aku menebus kembali madah Mantik & Tafsir yang x dapat pgkat 1 dalam Trial Exam. Ustaz Subli yang jarang masuk kelas tapi aku tetap teruskan menghafal Balaghah. “ Biarlah, yg penting aku x kelam kabut nnt,”desisku. Dan yg paling aku gembira tentulah Adab Nusus ku mendapat pgkat kedua tertinggi d belakang Farah. Madah yg susah sangat....

Nahu yang seronok apabila mengkajinya. Macam2 yang kita boleh tahu bile baca Al Quran Nul Karim. Mungkin aku rindu sgt pada Bahasa Arab ni. Kenangan menghafal bersama geng 12 orang di bulan puasa, xbalik tido kat bilik,tido kat kelas , pukul 4 pg turun terus g mandi dan ambil berkat Sahur. Kdg2 malas. Al maklum lar, geng2 bdak laki ni menyibuk nk makan kat ruang dalam tu dgn Kak Ton. Siap pasang lagu Raya lg. Macam OPEN House pun ade aku tengok.

Balik bilik tggu Subuh, sambil tu smbung hafal. Lpas Subuh x tido,tggu siang. Exam SMA time tu pg kul 8. Masuk dewan jawab exam, kul 10.30 camtu abes exam trus balik qada’ tido mlm td. Bangun dlm ptg gak lar lpas Zohor. Prep ptg. Macam tu la rutin harian aku 2 mggu exam SMA. kAlu lar dapat ulang waktu2 best tu...

Arab, bahasa Arab, Bahasa Al Quran, Bahasa Akhirat nnt...satu masa nnti aku akn smbung blaja semula Bahasa Arab. Sayang untk berhenti sampAi ctu jer...


3 comments:

faraaini said...

suke bhasa arab ke?xpe mude lg bole blaja

Anonymous said...

salam...tikah..rindu bahasa arab boleh belajar dengan aku..hehehhe...

ATIE said...

bole jgak tu...anyway kite knal ke?bdak SMAD ke?